Sunday, October 7, 2012

Sukarela membantu

Dizaman dahulu dan mungkin dikampung sekarang ini masih terdapat sikap yang mulia yang mementingkan orang lain dengan membantu. Menolong dengan membantu jiran dalam kesusahan, bersama membersihkan kawasan kejiranan, membantu mencari haiwan peliharaan yang hilang dan pelbagai lagi.

Bila terdapat kenduri maka boleh dikatakan semua sekali turut membantu dan suasana akan menjadi lebih ceria, riang serta riuh rendah dengan gelagat masing-masing. Ada yang membawa beras, ada yang membawa susu, gula dan bahan lain untuk sama-sama masak. Sikap tolong menolong dibuat secara bersama yang terkenal dengan perkataan gotong royong menjadi amalan yang merapatkan antara satu sama lain.

Gotong royong pada waktu itu pada pandangan saya dapat merapatkan antara satu sama lain tak kira bangsa dan ugama. Mungkin disebabkan acara tersebut itu dapat juga menghiburkan kerana dimasa itu tidak ada TV serta internet. Bila menyertai gotong royong sikap setiakawan begitu baik sekali serta mengenali antara satu sama lain.

Dimasa kini mereka yang suka dan ingin bantu membantu dipanggil SUKARELAWAN. Banyak acara samada di kawasan perumahan, di pejabat, dan di mana saja kita boleh lihat ramai yang tampil membantu secara sukarela. Banyak acara yang memerlukan bantuan secara sukarela kadang-kadang sukar memperolehi sukarelawan mungkin disebabkan

  • Tidak cukup masa terluang
  • Tidak terdedah keadaan seperti di kampung dengan sikap gotong royong
  • Banyak hiburan lain menyebabkan kurang minat untuk membantu.
Dan banyak lagi sebab yang tidak membolehkan memberi khidmat sukarela walaupun sikap sukarela ini banyak membentuk kita kearah kebaikan dunia dan akhirat.

Sukarela dapat membatu kita lebih berhemat, lebih bertimbang rasa dan dapat mengenali diri sendiri dan orang sekeliling yang memerlukan. Mereka yang dalam kesusahan memerlukan kita membantu secara sukarela dan suatu hari mungkin kita memerlukan orang lain membantu kita.

Bila kita mati maka orang lain juga lah yang akan menziarahi dan membantu menguruskan kita secara sukarela.........hanya pandang saya.

No comments:

Post a Comment