Dalam kehidupan dari dulu hingga kini walaupun zaman telah berubah pada dasarnya kehidupan kita adalah sama. Setiap hari kita sentiasa mencari ilmu dan cuba memprektikannya dengan lain kata cari pengalaman berdasar pada ilmu yang ada.
Adakalanya kita mempelajari sesuatu dan kita tidak prektikkannya maka ilmu tersebut tidak melekat diminda kita. Memahami ilmu itu tanpa membuatnya kita tidak dapat merasai sebenar ilmu tersebut dan kadangkala dari ilmu itu kita perlu buat sedikit perubahan untuk sesuaikan keadaan.
Sekira kita berpengalaman membuat sesuatu kerja dan kurang berilmu maka kita dapat siapkan kerja tersebut mengikut tradisi serta kebiasaan. Sekiranya kita berpengalam dan belajar untuk menambah ilmu maka tugasan yang kita buat akan lebih berkualiti serta mempunyai nilai ketahan yang tinggi.
Kedua-dua pengalaman dan ilmu amat memerlukan antara satu sama lain. Orang muda yang baru tammat pelajaran mempunyai ilmu dan perlu mencari pengalaman manakala orang yang lebih berumur mempunyai banyak pengalaman dan perlu menambah ilmu bagi melengkapkan diri supaya dapat mengeluarkan produk yang terbaik....hanya pandangan saya.
Salam hormat
No comments:
Post a Comment