Samasa kecil dulu sebut saja hari raya tergambar keseronokan berhari raya. Di Kelantan merayakan hari raya Idul Adha atau Idul Fitri sama hebatnya. Bangun di awal pagi begitu menyeronokkan walau pun di waktu itu mandi air perigi yang airnya sejuk sekali. Pagi hari raya sudah menjadi kelaziman ditunggu kedatangannya.
Bermula dengan ke masjid samada Idul Fitri atau Idul Adha para jemaah ke masjid dengan pakaian baju melayu yang terbaik. Di ibukota ada juga yang ke masjid untuk solat sunat Idul Adha dengan berpakaian seperti ke solat Jumaat saja. Tidak ada beza antara solat sunat Idul Adha dan solat mingguan Jumaat.
Setelah dewasa makna Idul Fitri dan Idul Adha amat bermakna serta terasa keistimewaannya. Adul Fitri disambut setelah berjaya sama-sama berpuasa dari segala nafsu serta sama-sama merasai apa yang dirasai oleh mereka yang miskin. Idul Adha disabut bagi menghayati pengurbanan yang luas maknanya dimana antaranya pengorbanan kita kepada Allah SWT dengan mengejakan apa disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang........hanya pendapat saya.
No comments:
Post a Comment