Saturday, October 13, 2012

Wang mendahului persaudaraan

Semasa kecil semua adik beradik begitu rapat sekali, rakan sekolah dan rakan sekampung begitu erat dan sentiasa bersama. Kadang kala hingga terlupa waktu makan dan masa bersama tidak dirasai hingga larut malam. Makan berkongsi dan kemana saja sentiasa bersama.

Semakin usia meningkat dewasa dan masuk kesekolah menengah masing masing pun mula belajar berlainan sekolah kerana mengikuti pengajian berbeza. Dan kawan baru ditemui namun kawan lama sentiasa dalam ingatan dan masuk ke alam lepas sekolah maka mula bekerja menjadi keutamaan.

Melalui alam pekerjaan rakan baru ditemui dan keutamaan mula berubah bagi mencari keselesaan hidup. Wang dicari agar keselesaan membina masa depan yang lebih cemerlang dan dapat meningkatkan ekonomi diri bersama keluarga. Dalam pencarian harta kadangkala persahabatan adik beradik, kaum keluarga dan rakan bertukar haluan. Persahabatan yang erat menjadi berat dan talian kasih makin tersisih. Yang tinggal usaha mencari keselesaan dan kesenangan di zaman baru.

Persahabatan bagi pendapat saya mengatasi segalanya.

Harta boleh dicari tapi persahabatan jangan dibiar berlalu pergi.

Selamat berhujung minggu


No comments:

Post a Comment