Friday, October 19, 2012

Dulu lain sekarang lain

Semasa kanak dan remaja kawan-kawan begitu ramai sekali dan adik beradik pun begitu rapat. Tiada perkara boleh memisahkan antara kita semua. Setiap aktiviti dilakukan bersama dengan semangat setia kawan amat tinggi.

Setelah memasuki alam dewasa kepentingan mula berubah dan kekerapan bertemu semakin kurang dan ada yang hanya tinggal kenangan dangan gambar-gambar semasa bersama dulu. Mungkin disebabkan tugas dan persekitaran menyebabkan tidak lagi boleh bersama. Adik beradik pun sudah jarang bertemu serta keluarga sendiri bertambah ramai. Kepentingan sudah berubah dimana masa begitu berharga dan kalau tidak kerana perayaan atau cuti umum maka sukar bertemu.

Kini dengan teknologi telekomunikasi terkini yang hilang kadang kala mudah bertemu semula dan yang jauh sudah begitu hampir. Berjumpa dialam maya lebih kerap dari bertemu secara nyata. Namun ada juga masih seperti dulu.

Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment