Monday, October 8, 2012

Kuching sentiasa disisi

Sejak kecil lagi hidup sentiasa dikelilingi bintang peliharaan. Di kampung binatang ternakkan hidup dengan aman dan boleh dikatakan bebas lebih lagi ayam kampung yang bergerak bebas di keliling rumah. Kambing, lembu dan kerbau diikat mengunakan tali bagi mengelakkan dari menggangu tanaman orang lain.

Yang sentiasa bebas dan sentiasa dirumah adalah kuching. Kuching binatang jinak dan kalau disayangi oleh tuannya akan sentiasa berada disisi. Dikampung kuching bergerak bebas dan boleh dikatakan sentiasa selamat walaupun kadang kala bergaduh antara satu sama lain.

Di bandar besar kuching menjadi binatang kesayang bagi sesetengah penghuni kota namun ada juga yang tidak menyukainya. Kuching yang dijaga baik akan sentiasa mengikut tuan nya kemana saja tuannya bergerak semasa didalam rumah. Kuching yang berada diluar rumah sentiasa berhati-hati dan ada yang mati di langgar kenderaan, ada kalanya  pemandu tidak lagi menunjukkan sikap bertimbang rasa apabila melanggarnya.

Di Amerika setiap binatang dijaga dengan baik. Tupai diberi makan jagung, kuching, dan anjing mendapat perhatian yang begitu baik dari semua penduduknya. Sekiranya kuching kemalangan anggota bomba, polis akan membantu kuching tersebut dan dibawa ke haspital.

Dari pengalaman saya kuching adalah bintang peliharaan yang baik yang sentiasa berada disisi tuannya. Jika dijaga dengan baik dengan memberi makan makanan yang berhasiat dan sediakan pasir untuk pembuangan najisnya, kuching boleh dijadikan binatang peliharaan yang baik.

Kuching yang saya ada sentiasa menunggu saya pulang ke rumah dan sentiasa disisi saya semasa saya berada dirumah. Satu ketenangan dapat dirasa apabila melihat tingkahlaku kuching yang sentiasa menghiburkan.




No comments:

Post a Comment