Tuesday, October 23, 2012

Semangat Orang Kelantan

Sebagai salah seorang orang Kelantan semangat sebagai anak negeri begitu kuat dihati. Mungkin kerana pembesaran di Kelantan agak unik dan tidak kira kaum atau keturunan semangat itu sentiasa ada.

Semasa kecil saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan dan pengalamannya agak unik. Sebelum bersekolah saya tinggal di rumah kerajaan dan berjirankan pelbagai kaum dan pelbagai negeri asal. Bila bermain pada mulanya mereka yang bukan berasal dari Kelantan agak kekok bertutur dengan rakan yang lain. Akan tetapi lama-kelamaan semua sudah dapat menguasai bahasa Kelantan. Sudah tidak ada lagi yang bercakap selain dari bahasa Kelantan.

Semasa disekolah pula boleh dikatakan kesemuanya bertutur dalam bahasa Kelantan semada orang cina, india, siam dan bangsa lain sekalipun. Kesemuanya telah menjadi orang Kelantan dan tiada lagi kaum atau bangsa. Dalam pembelajaran juga apa saja mata pelajaran yang diajar akan kedengaran logat kelantan. Bila mata pelajaran Agama Islam ada juga bangsa lain mengikutinya sama seperti orang Islam.

Semangat setiakawan di antara rakyat Kelantan begitu baik hingga kini masih diamalkan.....hanya pandangan dari pengalaman.

Salam hormat

No comments:

Post a Comment