Sunday, September 30, 2012

Bahasa Serta Tulisan Dulu Dan Kini

Dimasa kecil kita diajar dan dilatih menulis dengan baik serta berbahasa dengan sopan. Menjaga tatasusila semasa menulis serta juga bila berbahasa. Setiap tulisan perlu ditulis dengan betul, bulat, kemas dan teratur.

Permulaan belajar, kita diajar menulis mengikut garisan. Mereka yang sabar dapat menulis dengan baik serta cantik tulisannya. Saya yang kurang cermat dan mahu siap cepat berjaya menulis dengan tulisan tidak berapa cantik. Diperingkat sekolah rendah kita juga belajar membaiki kesilapan tulisan dengan menggunakan pemadam. Ini secara tidak sedar telah mendidik kita bahawa kesilapan boleh diperbaiki. Kadang-kadang ada yang sampai koyak buku tulisnya disebabkan kerap kali berlaku kesilapan menulis.

Setelah disekolah menengah pula kita dibenarkan menguna pen yang berdakwat dan terasa diri dewasa dan menulis pun lebih yakin. Sentiasa berfikir sebelum menulis bagi mengelakkan tersilap tulis dan untuk padamkan agak sedikit sukar tapi masih boleh dipadam dengan pemadam untuk pen.

Proses pembelajaran tersebut telah mendidik kita supaya membuat kerja dengan kemas dan sekiranya berlaku kesilapan masih boleh diperbetulkan dan juga mengenali dimana kesilapan itu berlaku. Lebih yakin bila mula menulis dengan pen serta menjaga penulisan dari berlaku kesilapan.

Berbahasa pula kita diajar supaya sentiasa menghormati mereya lebih lama dari kita serta setiasa bantu membantu diantara kita samada disekolah, berjiran, satu kampung mahupun satu daerah. Percakapan dan perbuatan dikawal dengan sentiasa berbahasa dengan lembut serta sopan.

Kini banyak perkara berubah lebih lagi dengan teknologi masa kini dimana perhubungan banyak menggunakan SMS. Kurang bercakap dan lebih kepada SMS. Bagi mempercepatkan jawapan kepada rakan yang menghantar SMS maka direngkaskan tulisan menjadi kod tersendiri. Tulisan sudah tidak mengikut cara sebenarnya disebabkan semuanya direngkaskan. Kadangkala bagi mereka yang mula bekerja ada yang terbawa kod tersebut dalam penulisan terutama semasa menghantar e-mail dalam menjalankan tugas.

Semoga setiap kemajuan yang datang dapat mengekalkan keaslian tulisan tutur bahasa warisan kita.

No comments:

Post a Comment