Friday, September 14, 2012

Permainan membentuk minat dan harapan

Semasa zaman kanak-kanak ketika di  "standard 1" aku dibesarkan di rumah kerajaan dan berjirankan pelbagai bangsa. Keseronokkan sentiasa terasa bermain bersama dengan pelbagai bangsa dan ketika itu boleh dikatakan bermula hidup ku bersatu sebagai rakyaat Malaysia.

Ketika itu ada rakan ku dari keturunan India mengajak ku bermain hoki dengan memimjamkan kayu hokinya kepada ku dan disitu lah bermula minat ku terhadap sukan hoki. Setiap petang kami bermain hoki dan kadangkala kami main basketball disebabkan terdapat court basketball disebuah sekolah berhampiran rumah kami. Dari tidak tahu pagang kayu hoki hingga tahu bermainnya telah diajar oleh bapanya.

Pembentukkan karator ku serta minat terhadap permainan hoki bertambah. Kami boleh dikatakan setiap hari bermain hoki kadang-kadang diwaktu tengahari dengan panas yang terik pun kami harungi dengan riang hingga dipanggil oleh keluarga makan tengahari. Makan pun kami kadang-kadang bersama dengan makan dirumah keluarga yang pertama panggil pulang makan tengahari. Kadang kala hanya makan nasi dengan kicap pun cukup menyelerakan.

Setelah naik ke darjah 3 bapa ku berpindah ke Petaling Jaya dan aku serta adik ku dijaga oleh pakcik ku (sebelah ayah) dan berpindah lah kami ke sekolah baru, Sekolah Rendah Tengku Indera Putra. Sedih rasanya meninggalkan rakan-rakan sama-sama main hoki yang boleh dikatakan sebati dengan ku. Sukan hoki sudah berada dijiwaku dan menjadi minat ku ketika itu. Kesedihan seketika itu serta berkeluarga dengan pakcik ku telah sekali lagi membentuk karator ku kepada lebih berdikari, sentiasa jaga tingkahlaku dan bertambah lasak.

Suasana persekitaran rumah pakcik ku amat berbeza kerana kanak-kanak disini tidak bermain hoki tapi bola sepak dan mandi sungai. Bermula lah acara baru dalam hidup ku dimana hidup ku lebih lasak dan sedikit bebas bermain apa saja.

Untuk sesuaikan diri dengan rakan-rakan baru ku maka mulalah aku belajar main bolasepak dengan rakan. Bermain mulanya dengan bola getah sebab itu saja termampu. Belajar sepakbola, mengelecek bola  dan cara menjaring serta menjaga goal secara kampung. Bermula dari masa tu kemahiran ku meningkat disebabkan setiap hari kami main bola. Malah mahir bermain dipelbagai posisi.

Diwaktu itu semasa di kelas 4, aku di pilih mewakili sekolah dalam permainan bolasepak, sepak raga,  dan hoki yang mana kebanyakkan pemain sekolah terdiri dari murid kelas 5 & 6. Juga aku terpilih mewakili jajahan.

Dari pengamatan melalui liku-liku kehidupan ketika kanak-kanak banyak dapat ku pelajari di mana

  • Diwaktu kecil kita sentiasa mencari sesuatu dan ibubapa serta sekeliling telah membentuk minat dan cita-cita untuk halatuju seterusnya
  • Pengenalan permainan kepada anak-anak membentuk mindanya menilai dan cuba berusaha untuk bertambah baik dalam permainan atau apa jua yang diminati.
  • Ibubapa ku yang tidak pernah melarang ku bersukan dalam apa jua jenis sukan telah secara tidak langsung mendidik ku untuk ingin cuba dan beroleh kejayaan cara ku sendiri di mana setiap permainan di sekolah aku berjaya.


Sekolah Rendah Tengku Indera Putra (padang bola dan bangunan lama sekolah yang masih kekal

No comments:

Post a Comment