Hari ini 21 Sept. 2012 genaplah usia anak ku Nur Sabrina Putri 8 tahun. Begitu cepat putaran masa dan bertambah usianya bermaksud bertambah dewasa.
Terima kasih ya Allah di atas kurniaan mu ini dan kami amat bersukur di atas segenap pemberian mu samada suka atau sebagai pedoman. Hari-hari yang di lalui bersama anak amat bermakna buat kedua ibubapa. Pembentukan harian kita akan menjadikan anak seperti ibubapanya.
Anak anugerah Allah SWT adalah amanah paling besar dimana pembentukkan anak bermula dari dilahirkan lagi oleh kedua ibubapa dengan Izin Allah SWT. Sekiranya diberi makan nasi maka nasi lah kegemarannya, kalau diberi masakan cina maka masakan cinalah kegemarannya. Begitu juga cerita di TV dimana anak didedahkan kepada kartun berbahasa inggeris maka boleh lah berbahasa inggeris. Pendek kata apa yang kita hidangkan samada makanan, perbuatan serta perangai maka kepada anak kita akan melekat dimindanya dan sekiranya diberi setiap kali maka anak tersebut akan menirunya disebabkan dikira sebagai perbuatan baik.
Secara tidak sedar sebenarnya kita yang menentukan genarasi akan datang kita dan masa depan mereka. Kalau kita sendiri tidak buang sampah secara betul dengan membuat sampah berselerakkan maka anak akan membawa perangai serupa hingga ke generasi mereka.
Berbudi bahasa lah dengan sebaik mungkin dan kita kena dulu buat yang terbaik untuk generasi hari ini agar generasi akan datang lebih baik dari generasi sekarang.
Happy Birthday Nur Sabrina Putri
No comments:
Post a Comment