Friday, September 21, 2012

Adab makan melambangkan keperibadian

Satu hari yang menarik adalah bila tiba hari minggu. Teringat sewaktu belajar di Amerika dulu kalau dah hujung minggu lapang rasanya disebabkan tiada lagi homework untuk 2 hari.

Semasa belajar di US dahulu disebabkan budget yang ketat  kalau nak makan diluar rumah makanan segera jenis ikan jadi pilihan. Semasa makan diperhatikan orang disana begitu berdisiplin sekali. Apa yang dibeli langsung tidak ada pembaziran yang mana mereka akan buat pesanan apa yang mahu dimakan sahaja jadi makan mereka licin dan tiada yang tinggal.

Sekiranya pesanan yang diterima sedikit berlainan dengan yang diminta bila di bawa ke kaunter bahagian kaunter akan memohon maaf dan terus sahaja menggantikan dengan pesanan yang baru. Tidak bersoal jawab dengan pelanggannya malah dengan senyuman lagi. Amalan mulia ini amat tertarik dan saya terus amalkan hingga hari ini.

Disini terdapat 'trust' yang dalam dijiwa dimana kepercayaan antara satu sama lain amat tinggi.

Juga semasa makan didapati setelah selesai makan mereka membersihkan meja makan dengan sendirinya. Selesai makan bekas pakaibuang yang digunakan dibuang kedalam bekas sampah dan orang lain pula boleh menggunakan meja tersebut.  Amalan mulia diperhatikan sudah mula dipraktikkan disini. Allhamdulillah perkara yang baik untuk generasi akan datang.

Secara tidak sedar sebenarnya kita meninggalkanv kesan kepada orang lain siapa kita apabila kita selasai makan. Bila bekas makanan dibuang dengan baik dan bekas atau meja makan bersih maka itu lah kita sebenar. Bersih persekitaran kita bersih lah jiwa kita.

Amalan diatas seperti percaya antara satu sama lain dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita serta diri sendiri akan terbawa kepada behaviour atau tingkah laku generasi akan datang. Tindakan kecil tapi memberi kesan yang besar kepada generasi akan datang.

Selamat Berhujung Minggu......selamat berlibur

No comments:

Post a Comment