Friday, September 28, 2012

Peperiksaan satu penilaian

Dulu semasa kanak-kanak peperiksaan amat ditakuti sekali bukan kerana perperiksaan itu sendiri tapi laporan keputusan (Report Card) yang akan ditunjukkan kepada ibubapa. Setiap peperiksaan dibuat dengan penuh teliti dan sekiranya sangkut tak dapat jawab dengan tepat terasa gemuruhnya didalam dada semasa sedang menjawab. Ini disebabkan semasa kanak-kanak banyak masa dihabiskan bermain diluar rumah seperti main bolasepak tidak kira masa, mandi sungai bersama-sama rakan dan tangkap ikan serta burung. Aktiviti lasak telah membuatkan badan tahan dari rasa sakit. Jalan kaki di kampung pun tidak pakai selipar, main bolasepak pun berkaki ayam disebabkan tak berani meminta keluarga membeli kasut bola

Tinggal tidak bersama keluarga menyebabkan kurang perhatian terhadap pelajaran dan hasilnya bila keluar laporan peperiksaan yang mana markah yang bercampur warna biru dan merah perlu dihantar kepada ibubapa untuk ditandatangan maka dimasa itu lah fikiran akan menjadi amat "creative" untuk mencari jawapan yang boleh melembutkan hati ibubapa. "Creativity" tersebut juga menyebabkan minda banyak mengeluarkan idea-idea yang boleh digunakan.

Setelah remaja dan melihat pelajaran yang perlu dipelajari makin bertambah, terfikir difikiran ketika itu, kenapa perlu belajar begitu banyak mata pelajaran dan kenapa perlu peperiksaan. Setelah mencuba mempelajari kesemua mata pelajaran akhirnya berjaya menguasainya dan keputusan bertambah baik. Guru-guru banyak membantu disebabkan saya aktif dalam sukan serta menaikkan nama sekolah.

Kini setelah diamati,  peperiksaan boleh dilihat dari beberapa sudut:

  • Mengetahui apa yang dipelajari
  • Kepintaran menguasai pelajaran
  • Kelemahan berfikir dan menghafal
  • Dan banyak lagi
Pada pandangan saya peperiksaan boleh membantu menilai kebolehan dan minat seseorang pelajar tersebut dan bukannya lebih kepada lulus atau gagalnya seorang pelajar tersebut.

Cadangan saya, didiklah anak-anak kearah yang mereka minati dan lengkapkan lah ilmu yang membolekan minat mereka menjadi kenyataan serta membuahkan kerjaya positif.


Selamat berhujung minggu bersama keluarga

No comments:

Post a Comment