Semasa kecil ku sarapan pagi tidak sehebat sarapan pagi hari ini. Sarapan dibuat sendiri dan ada juga kueh yang dibeli. Namun kehidupan kampung sarapannya banyak dibuat sendiri. Makan pagi dikampung terasa enaknya hingga kini masih terkenang keenakkannya.
Kebiasaannya semasa kecil makanan yang diminati adalah ubi kayu rebus, pisang rebus, nasi kerabu, nasi berlauk beserta dengan kueh putri dua sebilik. Ubi kayu rebus di cicah dengan kelapa dan ikan kering menjadi kegemaran. Ubi yang direbus adalah hasil tanaman sendiri yang kadang kala begitu segar kerana dicabut atau diambil pada pagi hari tersebut. Pokok ubi kayu itu memang di tanam dibelakang rumah dan apabila dicabut batangnya ditanam semula pada hari yang sama bagi menyambung lagi bakti pokok tersebut di kemudian hari. Dimasak pula dengan dapur kampung mengunakan kayu api sebagai bahan bakarnya dimana selalunya nenek ku akan tugaskan ku memastikan api sentiasa menyala dengan menyediakan corowong buluh untuk meniyup apinya jika hampir padam. Menunggu ubi masak empok adalah masa yang baik untuk memberi makan kepada ternakakan peliharaan.
Permakanan adalah keperluan untuk kecedasan serta pembentukan karaktor hari tersebut. Hari ini nikmat serta suasana tersebut tiada lagi disebabkan masa untuk menyediakan serta bahan yang diperlukan seperti ubi kayu sudah sukar diperolehi dan makanan segera pula banyak dan senang diperolehi beserta kedai kopi boleh dilihat dimerata tempat. Ibubapa pula yang sibuk mengejar tugas yang perlu dilaksanakan sudah tidak sempat menyediakan sarapan pagi dan anak-anak terpaksa korbankan masa sarapan bersama keluarga disebabkan waktu yang ditetapkan bagi sampai ke pejabat "on time" begitu cepat. Ditambah pula cuba mengelakkan diri dari tersangkut diperjalanan kepajabat. Maka berbekal lah anak-anak kesekolah dengan duit sahaja pun begitu ada juga yang sempat membekalkan anak mereka dengan bekalan sarapan dari rumah seperti roti disapu dengan kaya.
Dulu makanan dibuat dengan penuh tertib dan kasih sayang serta masih segar. Kini makan disediakan oleh penjual yang kebanyakkannya tiada talian keluarga dan siap dalam masa cepat. Ketenangan bersarapan pagi dikampung suatu masa dulu juga telah berubah dengan sarapan yang cepat dimasak serta siap dengan kadar segera.
Pembentuk peribadi sedikit sebanyak dipengaruhi dari acara sarapan pagi yang ceria dan penuh kasih sayang dalam keluarga bermula dimeja sarapan pagi. Ketenangan tersebut boleh mengelakkan keadaan "stress" yang seterusnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan.
No comments:
Post a Comment