Friday, September 7, 2012

Satu masa dahulu

 Semasa kecil ku dahulu di usia kanak-kanak selalu ku pulang ke kampung ku di Kampung Teliar menziarahi datuk dan nenek di kampung.

Suasana kampung ketika tu tiada kemudahan dengan serba kekurangan
  •  tiada jalan raya bertar cuma jalan yang tutupi dengan batu dan tanah merah
  •  tiada letrik di jalan raya mahu pun di setiap rumah cuma mengharapkan kayu api untuk masak dan pelita sebagai lampu menerangi malam
  • tiada paip air untuk air minum atau mandi cuma berbekalkan perigi sahaja untuk semua nya.
Namun kehidupan ketika tu begitu ceria dengan pokok-pokok buah-buahan serta sawah padi  memenuhi kawasan kampung serta sekali sekala tiupan angin mendamaikan lagi suasana.

Ku diajar mengenali tumbuhan liar serta cedawan yang boleh dimakan bagi membolehkan mencarinya bila diperlukan seperti pucuk paku, kangkung, pucuk ubi kayu, pucuk ketereh, dan pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan.

Juga diajar mengunakan pokok dan tumbuhan yang boleh dibuat ubat sekiranya tercedera atau luka. Semuanya ini senang diperolehi disekitar rumah. 

Itu lah ilmu asas yang diajar untuk "survival" di kampung supaya boleh berdikari malah semasa dikampung selipar adalah pengalas kaki yang paling praktikal kerana bila berlaku hujan maka jalan dan lorong becak serta berlumpur. Selipar akan dicabut dari kaki dan dipegang ditangan dan seterusnya berjalan berkaki ayam meredah selut serta lumpur.

Begitulah kehidupan kanak-kanak sewaktu itu yang mana 

  • berjalan kaki adalah cara utama bergerak dari satu tempat ke satu tempat
  • Makan tubuhan yang tumbuh semulajadi tanpa baja tambahan disebabkan tanah subur
  • Mengubati luka dan sakit dengan daun dan tumbuhan liar
  • Belajar menangkap ikan di sawah dan juga di sungai
  • Badan sentiasa cegas serta tahan sejuk diwaktu mandi dipagi hari serta lasak dari gigitan serangga
Semua ini mengajar hidup berdikari, tabah, lasak, berani buat keputusan serta berfikir untuk mendapatkan sesuatu.

Kini semuanya tinggal kenangan dan generasi kanak-kanak sekarang ni sudah berbeza dimana dizaman dulu kampung ku mudur tapi generasinya cergas kerana semuanya manual.

No comments:

Post a Comment