Hujung minggu yang lalu saya berkesempatan untuk melawat kakak selepas menunggang motorsikal. Secara kebetulan beliau sedang bersiap ke kebun yang tidak jauh dari rumahnya. Rumahnya yang dihujung kota agak tenang dengan sedikit suasana kampung.
Kami berangkat ke dusunnya yang terletak tidak jauh dari rumahnya dan setibanya disana suasana betul-betul suasana kampung. Binatang peliharaan dan tanam tanaman segar terdapat di kebun tersebut yang boleh dipetik membuatkan keadaan lebih menyoronokkan.
Monday, October 29, 2012
Thursday, October 25, 2012
Hari Raya Qurban
Samasa kecil dulu sebut saja hari raya tergambar keseronokan berhari raya. Di Kelantan merayakan hari raya Idul Adha atau Idul Fitri sama hebatnya. Bangun di awal pagi begitu menyeronokkan walau pun di waktu itu mandi air perigi yang airnya sejuk sekali. Pagi hari raya sudah menjadi kelaziman ditunggu kedatangannya.
Bermula dengan ke masjid samada Idul Fitri atau Idul Adha para jemaah ke masjid dengan pakaian baju melayu yang terbaik. Di ibukota ada juga yang ke masjid untuk solat sunat Idul Adha dengan berpakaian seperti ke solat Jumaat saja. Tidak ada beza antara solat sunat Idul Adha dan solat mingguan Jumaat.
Setelah dewasa makna Idul Fitri dan Idul Adha amat bermakna serta terasa keistimewaannya. Adul Fitri disambut setelah berjaya sama-sama berpuasa dari segala nafsu serta sama-sama merasai apa yang dirasai oleh mereka yang miskin. Idul Adha disabut bagi menghayati pengurbanan yang luas maknanya dimana antaranya pengorbanan kita kepada Allah SWT dengan mengejakan apa disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang........hanya pendapat saya.

Tuesday, October 23, 2012
Semangat Orang Kelantan
Sebagai salah seorang orang Kelantan semangat sebagai anak negeri begitu kuat dihati. Mungkin kerana pembesaran di Kelantan agak unik dan tidak kira kaum atau keturunan semangat itu sentiasa ada.
Semasa kecil saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan dan pengalamannya agak unik. Sebelum bersekolah saya tinggal di rumah kerajaan dan berjirankan pelbagai kaum dan pelbagai negeri asal. Bila bermain pada mulanya mereka yang bukan berasal dari Kelantan agak kekok bertutur dengan rakan yang lain. Akan tetapi lama-kelamaan semua sudah dapat menguasai bahasa Kelantan. Sudah tidak ada lagi yang bercakap selain dari bahasa Kelantan.
Semasa disekolah pula boleh dikatakan kesemuanya bertutur dalam bahasa Kelantan semada orang cina, india, siam dan bangsa lain sekalipun. Kesemuanya telah menjadi orang Kelantan dan tiada lagi kaum atau bangsa. Dalam pembelajaran juga apa saja mata pelajaran yang diajar akan kedengaran logat kelantan. Bila mata pelajaran Agama Islam ada juga bangsa lain mengikutinya sama seperti orang Islam.
Semangat setiakawan di antara rakyat Kelantan begitu baik hingga kini masih diamalkan.....hanya pandangan dari pengalaman.
Salam hormat

Friday, October 19, 2012
Dulu lain sekarang lain
Semasa kanak dan remaja kawan-kawan begitu ramai sekali dan adik beradik pun begitu rapat. Tiada perkara boleh memisahkan antara kita semua. Setiap aktiviti dilakukan bersama dengan semangat setia kawan amat tinggi.
Setelah memasuki alam dewasa kepentingan mula berubah dan kekerapan bertemu semakin kurang dan ada yang hanya tinggal kenangan dangan gambar-gambar semasa bersama dulu. Mungkin disebabkan tugas dan persekitaran menyebabkan tidak lagi boleh bersama. Adik beradik pun sudah jarang bertemu serta keluarga sendiri bertambah ramai. Kepentingan sudah berubah dimana masa begitu berharga dan kalau tidak kerana perayaan atau cuti umum maka sukar bertemu.
Kini dengan teknologi telekomunikasi terkini yang hilang kadang kala mudah bertemu semula dan yang jauh sudah begitu hampir. Berjumpa dialam maya lebih kerap dari bertemu secara nyata. Namun ada juga masih seperti dulu.
Selamat berhujung minggu.

Wednesday, October 17, 2012
Menimba Ilmu Mencari Pengalaman
Dalam kehidupan dari dulu hingga kini walaupun zaman telah berubah pada dasarnya kehidupan kita adalah sama. Setiap hari kita sentiasa mencari ilmu dan cuba memprektikannya dengan lain kata cari pengalaman berdasar pada ilmu yang ada.
Adakalanya kita mempelajari sesuatu dan kita tidak prektikkannya maka ilmu tersebut tidak melekat diminda kita. Memahami ilmu itu tanpa membuatnya kita tidak dapat merasai sebenar ilmu tersebut dan kadangkala dari ilmu itu kita perlu buat sedikit perubahan untuk sesuaikan keadaan.
Sekira kita berpengalaman membuat sesuatu kerja dan kurang berilmu maka kita dapat siapkan kerja tersebut mengikut tradisi serta kebiasaan. Sekiranya kita berpengalam dan belajar untuk menambah ilmu maka tugasan yang kita buat akan lebih berkualiti serta mempunyai nilai ketahan yang tinggi.
Kedua-dua pengalaman dan ilmu amat memerlukan antara satu sama lain. Orang muda yang baru tammat pelajaran mempunyai ilmu dan perlu mencari pengalaman manakala orang yang lebih berumur mempunyai banyak pengalaman dan perlu menambah ilmu bagi melengkapkan diri supaya dapat mengeluarkan produk yang terbaik....hanya pandangan saya.

Saturday, October 13, 2012
Wang mendahului persaudaraan
Semasa kecil semua adik beradik begitu rapat sekali, rakan sekolah dan rakan sekampung begitu erat dan sentiasa bersama. Kadang kala hingga terlupa waktu makan dan masa bersama tidak dirasai hingga larut malam. Makan berkongsi dan kemana saja sentiasa bersama.
Semakin usia meningkat dewasa dan masuk kesekolah menengah masing masing pun mula belajar berlainan sekolah kerana mengikuti pengajian berbeza. Dan kawan baru ditemui namun kawan lama sentiasa dalam ingatan dan masuk ke alam lepas sekolah maka mula bekerja menjadi keutamaan.
Melalui alam pekerjaan rakan baru ditemui dan keutamaan mula berubah bagi mencari keselesaan hidup. Wang dicari agar keselesaan membina masa depan yang lebih cemerlang dan dapat meningkatkan ekonomi diri bersama keluarga. Dalam pencarian harta kadangkala persahabatan adik beradik, kaum keluarga dan rakan bertukar haluan. Persahabatan yang erat menjadi berat dan talian kasih makin tersisih. Yang tinggal usaha mencari keselesaan dan kesenangan di zaman baru.
Persahabatan bagi pendapat saya mengatasi segalanya.
Harta boleh dicari tapi persahabatan jangan dibiar berlalu pergi.
Selamat berhujung minggu

Monday, October 8, 2012
Kuching sentiasa disisi
Sejak kecil lagi hidup sentiasa dikelilingi bintang peliharaan. Di kampung binatang ternakkan hidup dengan aman dan boleh dikatakan bebas lebih lagi ayam kampung yang bergerak bebas di keliling rumah. Kambing, lembu dan kerbau diikat mengunakan tali bagi mengelakkan dari menggangu tanaman orang lain.
Yang sentiasa bebas dan sentiasa dirumah adalah kuching. Kuching binatang jinak dan kalau disayangi oleh tuannya akan sentiasa berada disisi. Dikampung kuching bergerak bebas dan boleh dikatakan sentiasa selamat walaupun kadang kala bergaduh antara satu sama lain.
Di bandar besar kuching menjadi binatang kesayang bagi sesetengah penghuni kota namun ada juga yang tidak menyukainya. Kuching yang dijaga baik akan sentiasa mengikut tuan nya kemana saja tuannya bergerak semasa didalam rumah. Kuching yang berada diluar rumah sentiasa berhati-hati dan ada yang mati di langgar kenderaan, ada kalanya pemandu tidak lagi menunjukkan sikap bertimbang rasa apabila melanggarnya.
Di Amerika setiap binatang dijaga dengan baik. Tupai diberi makan jagung, kuching, dan anjing mendapat perhatian yang begitu baik dari semua penduduknya. Sekiranya kuching kemalangan anggota bomba, polis akan membantu kuching tersebut dan dibawa ke haspital.
Dari pengalaman saya kuching adalah bintang peliharaan yang baik yang sentiasa berada disisi tuannya. Jika dijaga dengan baik dengan memberi makan makanan yang berhasiat dan sediakan pasir untuk pembuangan najisnya, kuching boleh dijadikan binatang peliharaan yang baik.
Kuching yang saya ada sentiasa menunggu saya pulang ke rumah dan sentiasa disisi saya semasa saya berada dirumah. Satu ketenangan dapat dirasa apabila melihat tingkahlaku kuching yang sentiasa menghiburkan.

Sunday, October 7, 2012
Sukarela membantu
Dizaman dahulu dan mungkin dikampung sekarang ini masih terdapat sikap yang mulia yang mementingkan orang lain dengan membantu. Menolong dengan membantu jiran dalam kesusahan, bersama membersihkan kawasan kejiranan, membantu mencari haiwan peliharaan yang hilang dan pelbagai lagi.
Bila terdapat kenduri maka boleh dikatakan semua sekali turut membantu dan suasana akan menjadi lebih ceria, riang serta riuh rendah dengan gelagat masing-masing. Ada yang membawa beras, ada yang membawa susu, gula dan bahan lain untuk sama-sama masak. Sikap tolong menolong dibuat secara bersama yang terkenal dengan perkataan gotong royong menjadi amalan yang merapatkan antara satu sama lain.
Gotong royong pada waktu itu pada pandangan saya dapat merapatkan antara satu sama lain tak kira bangsa dan ugama. Mungkin disebabkan acara tersebut itu dapat juga menghiburkan kerana dimasa itu tidak ada TV serta internet. Bila menyertai gotong royong sikap setiakawan begitu baik sekali serta mengenali antara satu sama lain.
Dimasa kini mereka yang suka dan ingin bantu membantu dipanggil SUKARELAWAN. Banyak acara samada di kawasan perumahan, di pejabat, dan di mana saja kita boleh lihat ramai yang tampil membantu secara sukarela. Banyak acara yang memerlukan bantuan secara sukarela kadang-kadang sukar memperolehi sukarelawan mungkin disebabkan

- Tidak cukup masa terluang
- Tidak terdedah keadaan seperti di kampung dengan sikap gotong royong
- Banyak hiburan lain menyebabkan kurang minat untuk membantu.
Dan banyak lagi sebab yang tidak membolehkan memberi khidmat sukarela walaupun sikap sukarela ini banyak membentuk kita kearah kebaikan dunia dan akhirat.
Sukarela dapat membatu kita lebih berhemat, lebih bertimbang rasa dan dapat mengenali diri sendiri dan orang sekeliling yang memerlukan. Mereka yang dalam kesusahan memerlukan kita membantu secara sukarela dan suatu hari mungkin kita memerlukan orang lain membantu kita.
Bila kita mati maka orang lain juga lah yang akan menziarahi dan membantu menguruskan kita secara sukarela.........hanya pandang saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)