Dimasa kecil kita diajar dan dilatih menulis dengan baik serta berbahasa dengan sopan. Menjaga tatasusila semasa menulis serta juga bila berbahasa. Setiap tulisan perlu ditulis dengan betul, bulat, kemas dan teratur.
Permulaan belajar, kita diajar menulis mengikut garisan. Mereka yang sabar dapat menulis dengan baik serta cantik tulisannya. Saya yang kurang cermat dan mahu siap cepat berjaya menulis dengan tulisan tidak berapa cantik. Diperingkat sekolah rendah kita juga belajar membaiki kesilapan tulisan dengan menggunakan pemadam. Ini secara tidak sedar telah mendidik kita bahawa kesilapan boleh diperbaiki. Kadang-kadang ada yang sampai koyak buku tulisnya disebabkan kerap kali berlaku kesilapan menulis.
Setelah disekolah menengah pula kita dibenarkan menguna pen yang berdakwat dan terasa diri dewasa dan menulis pun lebih yakin. Sentiasa berfikir sebelum menulis bagi mengelakkan tersilap tulis dan untuk padamkan agak sedikit sukar tapi masih boleh dipadam dengan pemadam untuk pen.
Proses pembelajaran tersebut telah mendidik kita supaya membuat kerja dengan kemas dan sekiranya berlaku kesilapan masih boleh diperbetulkan dan juga mengenali dimana kesilapan itu berlaku. Lebih yakin bila mula menulis dengan pen serta menjaga penulisan dari berlaku kesilapan.
Berbahasa pula kita diajar supaya sentiasa menghormati mereya lebih lama dari kita serta setiasa bantu membantu diantara kita samada disekolah, berjiran, satu kampung mahupun satu daerah. Percakapan dan perbuatan dikawal dengan sentiasa berbahasa dengan lembut serta sopan.
Kini banyak perkara berubah lebih lagi dengan teknologi masa kini dimana perhubungan banyak menggunakan SMS. Kurang bercakap dan lebih kepada SMS. Bagi mempercepatkan jawapan kepada rakan yang menghantar SMS maka direngkaskan tulisan menjadi kod tersendiri. Tulisan sudah tidak mengikut cara sebenarnya disebabkan semuanya direngkaskan. Kadangkala bagi mereka yang mula bekerja ada yang terbawa kod tersebut dalam penulisan terutama semasa menghantar e-mail dalam menjalankan tugas.
Semoga setiap kemajuan yang datang dapat mengekalkan keaslian tulisan tutur bahasa warisan kita.
Sunday, September 30, 2012
Friday, September 28, 2012
Peperiksaan satu penilaian
Dulu semasa kanak-kanak peperiksaan amat ditakuti sekali bukan kerana perperiksaan itu sendiri tapi laporan keputusan (Report Card) yang akan ditunjukkan kepada ibubapa. Setiap peperiksaan dibuat dengan penuh teliti dan sekiranya sangkut tak dapat jawab dengan tepat terasa gemuruhnya didalam dada semasa sedang menjawab. Ini disebabkan semasa kanak-kanak banyak masa dihabiskan bermain diluar rumah seperti main bolasepak tidak kira masa, mandi sungai bersama-sama rakan dan tangkap ikan serta burung. Aktiviti lasak telah membuatkan badan tahan dari rasa sakit. Jalan kaki di kampung pun tidak pakai selipar, main bolasepak pun berkaki ayam disebabkan tak berani meminta keluarga membeli kasut bola
Tinggal tidak bersama keluarga menyebabkan kurang perhatian terhadap pelajaran dan hasilnya bila keluar laporan peperiksaan yang mana markah yang bercampur warna biru dan merah perlu dihantar kepada ibubapa untuk ditandatangan maka dimasa itu lah fikiran akan menjadi amat "creative" untuk mencari jawapan yang boleh melembutkan hati ibubapa. "Creativity" tersebut juga menyebabkan minda banyak mengeluarkan idea-idea yang boleh digunakan.
Setelah remaja dan melihat pelajaran yang perlu dipelajari makin bertambah, terfikir difikiran ketika itu, kenapa perlu belajar begitu banyak mata pelajaran dan kenapa perlu peperiksaan. Setelah mencuba mempelajari kesemua mata pelajaran akhirnya berjaya menguasainya dan keputusan bertambah baik. Guru-guru banyak membantu disebabkan saya aktif dalam sukan serta menaikkan nama sekolah.
Kini setelah diamati, peperiksaan boleh dilihat dari beberapa sudut:

- Mengetahui apa yang dipelajari
- Kepintaran menguasai pelajaran
- Kelemahan berfikir dan menghafal
- Dan banyak lagi
Pada pandangan saya peperiksaan boleh membantu menilai kebolehan dan minat seseorang pelajar tersebut dan bukannya lebih kepada lulus atau gagalnya seorang pelajar tersebut.
Cadangan saya, didiklah anak-anak kearah yang mereka minati dan lengkapkan lah ilmu yang membolekan minat mereka menjadi kenyataan serta membuahkan kerjaya positif.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga
Friday, September 21, 2012
Adab makan melambangkan keperibadian
Satu hari yang menarik adalah bila tiba hari minggu. Teringat sewaktu belajar di Amerika dulu kalau dah hujung minggu lapang rasanya disebabkan tiada lagi homework untuk 2 hari.
Semasa belajar di US dahulu disebabkan budget yang ketat kalau nak makan diluar rumah makanan segera jenis ikan jadi pilihan. Semasa makan diperhatikan orang disana begitu berdisiplin sekali. Apa yang dibeli langsung tidak ada pembaziran yang mana mereka akan buat pesanan apa yang mahu dimakan sahaja jadi makan mereka licin dan tiada yang tinggal.
Sekiranya pesanan yang diterima sedikit berlainan dengan yang diminta bila di bawa ke kaunter bahagian kaunter akan memohon maaf dan terus sahaja menggantikan dengan pesanan yang baru. Tidak bersoal jawab dengan pelanggannya malah dengan senyuman lagi. Amalan mulia ini amat tertarik dan saya terus amalkan hingga hari ini.
Disini terdapat 'trust' yang dalam dijiwa dimana kepercayaan antara satu sama lain amat tinggi.
Juga semasa makan didapati setelah selesai makan mereka membersihkan meja makan dengan sendirinya. Selesai makan bekas pakaibuang yang digunakan dibuang kedalam bekas sampah dan orang lain pula boleh menggunakan meja tersebut. Amalan mulia diperhatikan sudah mula dipraktikkan disini. Allhamdulillah perkara yang baik untuk generasi akan datang.
Secara tidak sedar sebenarnya kita meninggalkanv kesan kepada orang lain siapa kita apabila kita selasai makan. Bila bekas makanan dibuang dengan baik dan bekas atau meja makan bersih maka itu lah kita sebenar. Bersih persekitaran kita bersih lah jiwa kita.
Amalan diatas seperti percaya antara satu sama lain dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita serta diri sendiri akan terbawa kepada behaviour atau tingkah laku generasi akan datang. Tindakan kecil tapi memberi kesan yang besar kepada generasi akan datang.
Selamat Berhujung Minggu......selamat berlibur

Thursday, September 20, 2012
Selamat Hari Lahir Anak Ku
Hari ini 21 Sept. 2012 genaplah usia anak ku Nur Sabrina Putri 8 tahun. Begitu cepat putaran masa dan bertambah usianya bermaksud bertambah dewasa.
Terima kasih ya Allah di atas kurniaan mu ini dan kami amat bersukur di atas segenap pemberian mu samada suka atau sebagai pedoman. Hari-hari yang di lalui bersama anak amat bermakna buat kedua ibubapa. Pembentukan harian kita akan menjadikan anak seperti ibubapanya.
Anak anugerah Allah SWT adalah amanah paling besar dimana pembentukkan anak bermula dari dilahirkan lagi oleh kedua ibubapa dengan Izin Allah SWT. Sekiranya diberi makan nasi maka nasi lah kegemarannya, kalau diberi masakan cina maka masakan cinalah kegemarannya. Begitu juga cerita di TV dimana anak didedahkan kepada kartun berbahasa inggeris maka boleh lah berbahasa inggeris. Pendek kata apa yang kita hidangkan samada makanan, perbuatan serta perangai maka kepada anak kita akan melekat dimindanya dan sekiranya diberi setiap kali maka anak tersebut akan menirunya disebabkan dikira sebagai perbuatan baik.
Secara tidak sedar sebenarnya kita yang menentukan genarasi akan datang kita dan masa depan mereka. Kalau kita sendiri tidak buang sampah secara betul dengan membuat sampah berselerakkan maka anak akan membawa perangai serupa hingga ke generasi mereka.
Berbudi bahasa lah dengan sebaik mungkin dan kita kena dulu buat yang terbaik untuk generasi hari ini agar generasi akan datang lebih baik dari generasi sekarang.
Happy Birthday Nur Sabrina Putri

Tuesday, September 18, 2012
Anjakkan Minda Untuk Kecemerlangan Anak
Di zaman dahulu tidak ramai yang menghantar anak ke kelas tambahan dan ada juga menghantar hanya mata pelajaran tertentu sahaja. Kini boleh dikatakan setiap pelajar akan ke kelas tambahan kerana ibubapa serta guru ingin memastikan anak-anak sentiasa beroleh kejayaan.
Harapan tinggi yang diharapkan oleh guru dan ibubapa diterjemahkan dengan mengadakan kelas tambahan samada di sekolah atau dengan menyertai kelas tambahan diluar sekolah. Pelajar di beri ilmu yang terbaik dan boleh dikatakan mana-mana mata pelajaran yang dirasakan perlu di hantar ke kelas tambahan. Kelas tambahan untuk membantu pelajar tumbuh begitu pesat dimerata tempat bagi membantu pelajar berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Tanpa kita sedari minda anak-anak kita telah dimasukkan dengan ilmu yang berguna yang juga perlu dijaga dengan baik beserta emosi anak-anak yang sedang belajar dengan penuh tekun hurus di pelihara. Kadang-kadang anak-anak tersebut telah berusaha sebaik mengkin untuk memahami apa yang diajar namun terlupa atau tertekan disebabkan tidak dapat menerima ilmu yang dipelajari dengan berkesan. Emosi bertambah dalam memastikan apa yang dilatih mendapat tempat diminda. secara umum minda dan Emosi anak-anak juga hurus dijaga.
Bagi membantu anak-anak belajar dengan lebih berkesan terdapat pelbagai program yang ditawarkan untuk membantu minda menjadi tenang dan tidak tertekan. Pelbagai keadah diperkenalkan bagi membantu pelajar dari permakanan hingga lah teknik cara belajar.
Salah satu program yang bertujuan untuk membantu anak-anak dapat belajar dengan tenang dan mudah untuk mengikuti pelajaran adalah dengan teknik rawatan minda mengunakan gelombang. Teknik ini jarang dipraktikan di sini dan terbaru En. Bachtiar telah berjaya mengadakan program tersebut dan mereka yang melalui program tersebut ada menunjukkan peningkatannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi En. Bachtiar di talian 013-2171700

Friday, September 14, 2012
Permainan membentuk minat dan harapan
Semasa zaman kanak-kanak ketika di "standard 1" aku dibesarkan di rumah kerajaan dan berjirankan pelbagai bangsa. Keseronokkan sentiasa terasa bermain bersama dengan pelbagai bangsa dan ketika itu boleh dikatakan bermula hidup ku bersatu sebagai rakyaat Malaysia.
Ketika itu ada rakan ku dari keturunan India mengajak ku bermain hoki dengan memimjamkan kayu hokinya kepada ku dan disitu lah bermula minat ku terhadap sukan hoki. Setiap petang kami bermain hoki dan kadangkala kami main basketball disebabkan terdapat court basketball disebuah sekolah berhampiran rumah kami. Dari tidak tahu pagang kayu hoki hingga tahu bermainnya telah diajar oleh bapanya.
Pembentukkan karator ku serta minat terhadap permainan hoki bertambah. Kami boleh dikatakan setiap hari bermain hoki kadang-kadang diwaktu tengahari dengan panas yang terik pun kami harungi dengan riang hingga dipanggil oleh keluarga makan tengahari. Makan pun kami kadang-kadang bersama dengan makan dirumah keluarga yang pertama panggil pulang makan tengahari. Kadang kala hanya makan nasi dengan kicap pun cukup menyelerakan.
Setelah naik ke darjah 3 bapa ku berpindah ke Petaling Jaya dan aku serta adik ku dijaga oleh pakcik ku (sebelah ayah) dan berpindah lah kami ke sekolah baru, Sekolah Rendah Tengku Indera Putra. Sedih rasanya meninggalkan rakan-rakan sama-sama main hoki yang boleh dikatakan sebati dengan ku. Sukan hoki sudah berada dijiwaku dan menjadi minat ku ketika itu. Kesedihan seketika itu serta berkeluarga dengan pakcik ku telah sekali lagi membentuk karator ku kepada lebih berdikari, sentiasa jaga tingkahlaku dan bertambah lasak.
Suasana persekitaran rumah pakcik ku amat berbeza kerana kanak-kanak disini tidak bermain hoki tapi bola sepak dan mandi sungai. Bermula lah acara baru dalam hidup ku dimana hidup ku lebih lasak dan sedikit bebas bermain apa saja.
Untuk sesuaikan diri dengan rakan-rakan baru ku maka mulalah aku belajar main bolasepak dengan rakan. Bermain mulanya dengan bola getah sebab itu saja termampu. Belajar sepakbola, mengelecek bola dan cara menjaring serta menjaga goal secara kampung. Bermula dari masa tu kemahiran ku meningkat disebabkan setiap hari kami main bola. Malah mahir bermain dipelbagai posisi.
Diwaktu itu semasa di kelas 4, aku di pilih mewakili sekolah dalam permainan bolasepak, sepak raga, dan hoki yang mana kebanyakkan pemain sekolah terdiri dari murid kelas 5 & 6. Juga aku terpilih mewakili jajahan.
Dari pengamatan melalui liku-liku kehidupan ketika kanak-kanak banyak dapat ku pelajari di mana

- Diwaktu kecil kita sentiasa mencari sesuatu dan ibubapa serta sekeliling telah membentuk minat dan cita-cita untuk halatuju seterusnya
- Pengenalan permainan kepada anak-anak membentuk mindanya menilai dan cuba berusaha untuk bertambah baik dalam permainan atau apa jua yang diminati.
- Ibubapa ku yang tidak pernah melarang ku bersukan dalam apa jua jenis sukan telah secara tidak langsung mendidik ku untuk ingin cuba dan beroleh kejayaan cara ku sendiri di mana setiap permainan di sekolah aku berjaya.
Sekolah Rendah Tengku Indera Putra (padang bola dan bangunan lama sekolah yang masih kekal
Thursday, September 13, 2012
Sarapan pagi
Semasa kecil ku sarapan pagi tidak sehebat sarapan pagi hari ini. Sarapan dibuat sendiri dan ada juga kueh yang dibeli. Namun kehidupan kampung sarapannya banyak dibuat sendiri. Makan pagi dikampung terasa enaknya hingga kini masih terkenang keenakkannya.
Kebiasaannya semasa kecil makanan yang diminati adalah ubi kayu rebus, pisang rebus, nasi kerabu, nasi berlauk beserta dengan kueh putri dua sebilik. Ubi kayu rebus di cicah dengan kelapa dan ikan kering menjadi kegemaran. Ubi yang direbus adalah hasil tanaman sendiri yang kadang kala begitu segar kerana dicabut atau diambil pada pagi hari tersebut. Pokok ubi kayu itu memang di tanam dibelakang rumah dan apabila dicabut batangnya ditanam semula pada hari yang sama bagi menyambung lagi bakti pokok tersebut di kemudian hari. Dimasak pula dengan dapur kampung mengunakan kayu api sebagai bahan bakarnya dimana selalunya nenek ku akan tugaskan ku memastikan api sentiasa menyala dengan menyediakan corowong buluh untuk meniyup apinya jika hampir padam. Menunggu ubi masak empok adalah masa yang baik untuk memberi makan kepada ternakakan peliharaan.
Permakanan adalah keperluan untuk kecedasan serta pembentukan karaktor hari tersebut. Hari ini nikmat serta suasana tersebut tiada lagi disebabkan masa untuk menyediakan serta bahan yang diperlukan seperti ubi kayu sudah sukar diperolehi dan makanan segera pula banyak dan senang diperolehi beserta kedai kopi boleh dilihat dimerata tempat. Ibubapa pula yang sibuk mengejar tugas yang perlu dilaksanakan sudah tidak sempat menyediakan sarapan pagi dan anak-anak terpaksa korbankan masa sarapan bersama keluarga disebabkan waktu yang ditetapkan bagi sampai ke pejabat "on time" begitu cepat. Ditambah pula cuba mengelakkan diri dari tersangkut diperjalanan kepajabat. Maka berbekal lah anak-anak kesekolah dengan duit sahaja pun begitu ada juga yang sempat membekalkan anak mereka dengan bekalan sarapan dari rumah seperti roti disapu dengan kaya.
Dulu makanan dibuat dengan penuh tertib dan kasih sayang serta masih segar. Kini makan disediakan oleh penjual yang kebanyakkannya tiada talian keluarga dan siap dalam masa cepat. Ketenangan bersarapan pagi dikampung suatu masa dulu juga telah berubah dengan sarapan yang cepat dimasak serta siap dengan kadar segera.
Pembentuk peribadi sedikit sebanyak dipengaruhi dari acara sarapan pagi yang ceria dan penuh kasih sayang dalam keluarga bermula dimeja sarapan pagi. Ketenangan tersebut boleh mengelakkan keadaan "stress" yang seterusnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan.

Friday, September 7, 2012
Satu masa dahulu
Semasa kecil ku dahulu di usia kanak-kanak selalu ku pulang ke kampung ku di Kampung Teliar menziarahi datuk dan nenek di kampung.
Suasana kampung ketika tu tiada kemudahan dengan serba kekurangan

- tiada jalan raya bertar cuma jalan yang tutupi dengan batu dan tanah merah
- tiada letrik di jalan raya mahu pun di setiap rumah cuma mengharapkan kayu api untuk masak dan pelita sebagai lampu menerangi malam
- tiada paip air untuk air minum atau mandi cuma berbekalkan perigi sahaja untuk semua nya.
Namun kehidupan ketika tu begitu ceria dengan pokok-pokok buah-buahan serta sawah padi memenuhi kawasan kampung serta sekali sekala tiupan angin mendamaikan lagi suasana.
Ku diajar mengenali tumbuhan liar serta cedawan yang boleh dimakan bagi membolehkan mencarinya bila diperlukan seperti pucuk paku, kangkung, pucuk ubi kayu, pucuk ketereh, dan pelbagai tumbuhan yang boleh dimakan.
Juga diajar mengunakan pokok dan tumbuhan yang boleh dibuat ubat sekiranya tercedera atau luka. Semuanya ini senang diperolehi disekitar rumah.
Itu lah ilmu asas yang diajar untuk "survival" di kampung supaya boleh berdikari malah semasa dikampung selipar adalah pengalas kaki yang paling praktikal kerana bila berlaku hujan maka jalan dan lorong becak serta berlumpur. Selipar akan dicabut dari kaki dan dipegang ditangan dan seterusnya berjalan berkaki ayam meredah selut serta lumpur.
Begitulah kehidupan kanak-kanak sewaktu itu yang mana

- berjalan kaki adalah cara utama bergerak dari satu tempat ke satu tempat
- Makan tubuhan yang tumbuh semulajadi tanpa baja tambahan disebabkan tanah subur
- Mengubati luka dan sakit dengan daun dan tumbuhan liar
- Belajar menangkap ikan di sawah dan juga di sungai
- Badan sentiasa cegas serta tahan sejuk diwaktu mandi dipagi hari serta lasak dari gigitan serangga
Semua ini mengajar hidup berdikari, tabah, lasak, berani buat keputusan serta berfikir untuk mendapatkan sesuatu.
Kini semuanya tinggal kenangan dan generasi kanak-kanak sekarang ni sudah berbeza dimana dizaman dulu kampung ku mudur tapi generasinya cergas kerana semuanya manual.
Subscribe to:
Posts (Atom)