Setiap Bulan Ramadhan orang Islam mula berpuasa dan perasaan berpuasanya berbeza semasa kecil dan setelah dewasa. Begitu juga sekiranya berlainan tempat berpuasa seperti puasa di Amerika di Malaysia ataupun di China.
Semasa kecil puasa adalah suatu yang terasa peritnya dimana bangun sahur adalah suatu yang berat untuk dilakukan. Bertambah pula puasanya sendiri apabila menghampiri waktu tengahari terasa laparnya dan hingga ke petang terasa peritnya. Berbuka adalah waktu yang ditunggu dan minuman berair batu (ais yang di jual ketika itu dalam bentuk blok di salut habuk kayu) menjadi satu yang wajib.
Dizaman dulu berbuka puasa begitu dinantikan terutama berbuka puasa di surau berhampiran. Berbuka puasa secara beramai ramai begitu menyeronokkan. Setiap keluarga diminta membawa makanan masakan sendiri ke surau dan setiap masakkan ditutup dengan surat khabar. Susunan hidangan dibuat oleh AJK surau yg mana tidak di ketahui hidangan siapa dan berada dimana. Ini bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana berbuka tersebut apabila tidak diketahui hidangan siapa yang berada didepan mata. Bila tiba waktu berbuka puasa ketika itu baru tahu hidangannya.
Solat sunat terawikh pula menjadi waktu yang ditunggu setiap malam kerana dapat bertemu rakan rakan sekampung berterawikh bersama dalam suasana pelbagai cara dan semangat yang ceria serta sama sama makan juadah selepas terawikh. Biasanya setiap malam makanannya berbeza dan pihak surau akan merahsiakannya. Namun begitu hidangan selepas terawikh sentiasa diketahui kerana maklumat sentiasa bocor.
Keseronokkan bersambung pula hingga selepas terawikh apabila berkumpul di warung atau di wakaf atau tempat yang menjadi tempat berkumpul sambil berborak.
Kenangan tersebut kekal dalam ingatan hingga kini.
Selamat mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ni.