Wednesday, September 4, 2013

Hujan di bandar hujan di desa

Hujan membawa rahmat dan suasananya berbeza hujan di bandar dan hujan di desa. Suasana dingin bila hujan di waktu pagi memang berbeza.

Kalau di bandar besar hujan menyebabkan jalan raya yang sememangnya sentiasa sesak bertambah lagi sesaknya bila motosikal terpaksa berteduh di tempat yang membolehkan mereka berlindung dari hujan. Bila hujan turun dengan lebatnya air hujan boleh menyebabkan banjir kilat yg menambahkan lagi suasana sesak yg sudah sebati dengan kehidupan pagi di kota besar. Kesabaran dan ketenangan individu teruji sejauh mana kekuatan metal dan fizikal.

Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan cara kita menguasai keadaan dengan bersangka baik boleh banyak membantu seperti berzikir semasa jalan sesak atau merancang apa yang mahu dilakukan untuk hari esok atau memberi senyuman kepada kereta yg berada disebelah bagi sama sama membantu menenangkan diri. Berbudi bahasa adalah amalan kita.

Kalau di desa hujan banyak memberi kesegaran tambahan kepada alam semula jadi. Tanaman bertambah subuh serta suasana bertambah ceria dengan bersarapan kopi o dengan ubi kayu atau pulut dengan ikan kering sementara menunggu hujan teduh.

Walau dimana hujan sekalipun kesempatan waktu hujan turun dapat dimanafaat dengan baik.....hanya satu pandangan

Tuesday, August 13, 2013

Puasa ku dulu dan kini

Semasa kecil ku hari raya sangat ditunggu. Setiap hari dibulan puasa akan dihitung harinya bila akan tiba hari raya. Setiap petang terasa lamanya masa untuk berbuka puasa dan malamnya pula sukarnya untuk bangun sahur. Bila tiba masa untuk berbuka setiap minit begitu lama rasanya dan masa berbuka pula minuman adalah yang di tuju dulu lebih lebih lagi bila ada nira kelapa. Malamnya pula surau menjadi tumpuan kerana dapat bertemu rakan rakan sambil berterawikh.

Bila meningkat remaja caranya sedikit berubah dengan kedatangan bulan puasa ditunggu penuh semangat disebabkan banyak aktiviti dapat dilakukan bersama-sama rakan di kampung. Sahurnya lebih senang untuk bangun dan bersemangat untuk makan. Disiang hari pula selepas waktu persekolahan banyak dihabiskan berbuat sesama rakan dan bermain bola sementara menunggu waktu berbuka. Ada masanya keluar bersama rakan mencari nira kelapa yang menjadi minuman kegemaran untuk berbuka. Dimalamnya semangat berterawikh di surau begi baik kerana dapat bersama rakan rakan bersolat sunat. Selepas terawikh kami akan beramai ramai lepak dan berbual bual hingga larut malam. Kadangkala sambil bermain bunga api.

Kini bila sudah dewasa bulan puasa ditunggu dengan penuh harapan agar dapat menambah amalan dan siangnya menghayati nikmat berpuasa dengan mendengar ceramah. Berbuka puasa pula lebih kepada ala kadar dan solat sunat terawikh pula terasa lebih focus.
Sesekali lepas terawikh kedai mamak jadi tumpuan bagi menghilangkan penat.

Kesimpulanya keseronokkan di bulan puasa berbeza mengikut kumpulan usia dengan adat dan budaya negeri.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Friday, July 12, 2013

Berpuasa dan Berbuka Puasa

Setiap Bulan Ramadhan orang Islam mula berpuasa dan perasaan berpuasanya berbeza semasa kecil dan setelah dewasa. Begitu juga sekiranya berlainan tempat berpuasa seperti puasa di Amerika di Malaysia ataupun di China.

Semasa kecil puasa adalah suatu yang terasa peritnya dimana bangun sahur adalah suatu yang berat untuk dilakukan. Bertambah pula puasanya sendiri apabila menghampiri waktu tengahari terasa laparnya dan hingga ke petang terasa peritnya. Berbuka adalah waktu yang ditunggu dan minuman berair batu (ais yang di jual ketika itu dalam bentuk blok di salut habuk kayu) menjadi satu yang wajib.

Dizaman dulu berbuka puasa begitu dinantikan terutama berbuka puasa di surau berhampiran. Berbuka puasa secara beramai ramai begitu menyeronokkan. Setiap keluarga diminta membawa makanan masakan sendiri ke surau dan setiap masakkan ditutup dengan surat khabar. Susunan hidangan dibuat oleh AJK surau yg mana tidak di ketahui hidangan siapa dan berada dimana. Ini bertujuan bagi memeriahkan lagi suasana berbuka tersebut apabila tidak diketahui hidangan siapa yang berada didepan mata. Bila tiba waktu berbuka puasa ketika itu baru tahu hidangannya.

Solat sunat terawikh pula menjadi waktu yang ditunggu setiap malam kerana dapat bertemu rakan rakan sekampung berterawikh bersama dalam suasana pelbagai cara dan semangat yang ceria serta sama sama makan juadah selepas terawikh. Biasanya setiap malam makanannya berbeza dan pihak surau akan merahsiakannya. Namun begitu hidangan selepas terawikh sentiasa diketahui kerana maklumat sentiasa bocor.

Keseronokkan bersambung pula hingga selepas terawikh apabila berkumpul di warung atau di wakaf atau tempat yang menjadi tempat berkumpul sambil berborak.

Kenangan tersebut kekal dalam ingatan hingga kini.

Selamat mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ni.

Sunday, June 30, 2013

Usia Bertambah Pengalaman Bertambah

Minggu ini usia meningkat setahun lagi dan bersukur kepada Allah SWT diberi masa bersama keluarga, teman-teman dan menikmati keindahan alam.

Berperingkat usia dilalui dari zaman kanak kanak ke zaman remaja dan sehingga kini. Dari mula persekolahan kepada sekolah menengah dan dari sekolah menengah hingga ke universiti.

Dari mula bekerja sambilan hingga ke jawatan tetap di kerajaan dan kini hampir tamat jawatan di sektor swasta.

Pengalaman dan ilmu yg di perolehi amat berguna untuk mulakan usaha yg baru. Pencarian sudah bermula untuk mengubah dari makan gaji kepada berusaha sendiri.

Sunday, January 6, 2013

Permulaan Sekolah

Semangat ibubapa dari dulu hingga kini tetap sama. Inginkan yang terbaik untuk anak. Semangat tersebut boleh dilihat dengan jelas semasa membeli buku sekolah.