Rakan, kawan, sahabat dan bermacam lagi panggilan yang digunakan yang memberi makna yang sama. Semasa kecil kita mempunyai raka sepermainan. Bila dah mula bersekolah kita ada rakan sederjah dan rakan sekolah. Bila dah mula bekerja kita ada rakan sepejabat dan rakan satu taman serta rakan yang mempunyai minat yang sama.
Rakan semasa kecil kita sama-sama bermain dan kadangkala makan pun sekali.
Rakan sekolah kita sama-sama belajar, sama-sama bermain dan sama-sama mengejar cita-cita.
Rakan sekerja kita sama-sama saling bantu membantu memastikan tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Rakan yang mempunyai minat yang sama akan saling bercerita berkaitan aktiviti yang dijalankan bersama.
Rakan akan sentiasa bersama walaupun berjauhan atau semasa dalam kesusahan dan terkini pelbagai kemudahan tersedia untuk kita berjumpa rakan kita samada dari masa kanak-kanak hingga kini semua boleh dicari dengan kemudahan internet.
Rakan yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya hanya doa yang boleh menghubungkan persahabatan antara rakan
Selamat berhujung minggu.