Kenduri kahwin dulu semasa kecil berbanding sekarang ada perbezaan dan ada juga persamaannya.
Kalau dulu acara perkahwinan di kampung lebih kepada sikap bergotong royong dan sama-sama membantu menyediakan masakan dengan seorang tukang masak pakar. Masakan dibuat secara kampung dan tetamu dihidangkan oleh pembantu-pembantu yang di panggil jurukako yang terdiri dari jiran serta saudara mara.
Kini sedikit perubahan dengan kebanyakan makanan adalah secara self service dimana tetamu beratur untuk mengambil juadah.
Masih lagi terdapat persamaan dimana saudara mara serta sahabat handai datang beramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan anak saudara walaupun kebanyakkan mereka datang dari kampung. Keseronokan amat terasa bila dapat berkumpul kesemua saudara mara serta sahat handai dalam satu majlis.
Tahniah buat Ahmad Safuan Mustapa dan Julianiza Kamaruddin diatas tanggungjawab baru sebagai suami isteri. Majlis perkahwinan anda telah menyatukan kesemua ahli keluarga jauh dari kampung dan yang dekat di persekitaran.
Disertakan sedikit gambar kenangan abadi buat semua

Juruiring pengatin



Kaum Perempuan keluarga terdekat

Adik beradik ku bersama ayahanda tercinta

Santapan pengantin bersama datuk saudara

Ibubapa yang bahagia mendapat menantu

Tetamu yang hadir memeriahkan suasana

Bapa ku bersama adik beradiknya

Saudara mara yang jauh dan dekat
Posted via DraftCraft app